Isnin, 12 Disember 2011 0 ulasan

Bahasa Malaysia Tahap 1



KATA NAMA Bahasa Malaysia Tahun 1





Bahasa Malaysia Tahun 2


Tajuk: Makanan Seimbang





Makanan yang berkhasiat menjamin kesihatan tubuh badan kita. Amalkan pemakanan yang sihat. Kita dapat hidup dengan sihat jika kita mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang manis seperti coklat, kek dan gula-gula. Kurangkan juga makan makanan yang masin dan banyak mengandungi lemak seperti makanan yang bergoreng dan bersantan. Kita juga hendaklah mengambil makanan yang seimbang.




1.Makanan yang seimbang hendaklah mengandungi karbohidrat kerana makanan ini memberi tenaga kepada kita.  

contohnya: 

Nasi
Roti

                                                   
ubi kentang

Bijirin

2.Makanan yang seimbang hendaklah mengandungi protein kerana makanan ini membantu membina tubuh badan kita.

 contoh:  
Telur, ikan, daging dan keju


3.Makanan yang seimbang hendaklah mengandungi khasiat makanan iaitu vitamin. contoh:


Sayur-sayuran dan buah-buahan


4. Makanan yang seimbang hendaklah mengandungi lemak. Namun begitu, jenis makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Contohnya :  

Santan kelapa dan minyak masak

Kesimpulannya, marilah kita makan makanan yang seimbang demi menjaga badan kita agar sentiasa sihat. Jagalah tabiat pemakanan kita pada setiap masa.
Ahad, 11 Disember 2011 0 ulasan

Sk Datong Pitas

Disekolah inilah baktiku bermula sebagai guru.
hasil pencarian dan pertanyaan kepada encik google
ada sedikit maklumat yang tercatat pada draf wikipedia..




warga pendidik Sk Datong dan para pelajarnya.
0 ulasan

Tips Belajar

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.


salin tampal dari-Artikel iluvislam.com

sharing is caring :)
0 ulasan

ya benar! belajar kerana Allah

Dean list' kerana Allah 
 
altKehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.
Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.

ditampal milik dari web 'I lub Islam.' Sab, 10 Dis 2011 16:59  
hasil tulisan Muhammad Fahmi 
 
sharing is caring :)
Rabu, 7 Disember 2011 0 ulasan

timba ILMU selagi bernyawa

''menurut kajian, kira2 98% masyarakat tidak sanggup mengeluarkan duit untuk memajukan diri, manakala cuma 2% sanggup berbuat demikian dan mereka itulah yang akan berjaya"-Irfan Khairi (pakar perniagaan Internet)
0 ulasan

langkah pertamaKU

disebalik pemilik blog RosaFuture

cuma seorang guru biasa yang lahir dari keluarga biasa.. mendapat pendidikan biasa dari sekolah biasa tetapi mempunyai impian yang LUAR BIASA hendak menjadikan manusia yang selayaknya Manusia.

gagah pendekar dari seni silatnya,
gagah Hang Tuah disebalik erti nama,
gagah perintis meneroka dunia,
Namun gagahmu guru terdidik nusa bangsa
 dan aku mahu SEGAGAH itu

pertama kali mempelajari pembinaan blog. diharapkan semua pembaca dan tetamu yang bertandang di blog ini sudilah kiranya memberi kata-kata sapaan mahupun komen sebagai membina motivasi diri agar kekal berkecimpung memberi pengetahuan dalam dunia baru.  sharing is caring :)

terima kasih kepada pihak PPG- UPSI kerana memberi peluang untuk mempelajari bidang pemBlogan ini...

salam sayang dari saya..
 
;