Isnin, 12 Disember 2011

Bahasa Malaysia Tahap 1



KATA NAMA Bahasa Malaysia Tahun 1





Bahasa Malaysia Tahun 2


Tajuk: Makanan Seimbang





Makanan yang berkhasiat menjamin kesihatan tubuh badan kita. Amalkan pemakanan yang sihat. Kita dapat hidup dengan sihat jika kita mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang manis seperti coklat, kek dan gula-gula. Kurangkan juga makan makanan yang masin dan banyak mengandungi lemak seperti makanan yang bergoreng dan bersantan. Kita juga hendaklah mengambil makanan yang seimbang.




1.Makanan yang seimbang hendaklah mengandungi karbohidrat kerana makanan ini memberi tenaga kepada kita.  

contohnya: 

Nasi
Roti

                                                   
ubi kentang

Bijirin

2.Makanan yang seimbang hendaklah mengandungi protein kerana makanan ini membantu membina tubuh badan kita.

 contoh:  
Telur, ikan, daging dan keju


3.Makanan yang seimbang hendaklah mengandungi khasiat makanan iaitu vitamin. contoh:


Sayur-sayuran dan buah-buahan


4. Makanan yang seimbang hendaklah mengandungi lemak. Namun begitu, jenis makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Contohnya :  

Santan kelapa dan minyak masak

Kesimpulannya, marilah kita makan makanan yang seimbang demi menjaga badan kita agar sentiasa sihat. Jagalah tabiat pemakanan kita pada setiap masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
;